Hari ni saya rasa macam penat semacam je... tapi tak pe! tak kisah la penat or tak, nak story mory jugak! Saya ada banyak cerita under the same topic. haaaa..... cegitu pon boleh. Saya asingkan one by one la ye, senang sikit nak faham...
Story-mory 1#
Ceginih ceritanya..... Hari tu adalah cikgu saya bagi tugasan band 6 (*almaklumlah, saya budak PBS), cikgu cakap boleh buat individual or by group. max member dalam group tu 2 sahaja. So, saya ajak kawan saya buat sama-sama. Saya pilih 'dia' sebab 'dia' boleh buat kerja berkumpulan. Kira dia bukan ahli tidur la... tapi tah kenapa, this time 'dia' banyak bagi negative comment bila saya tunjuk kerja yang saya buat. Biasanya tak, biasanya 'dia' akan betulkan or told me apa yang kena tukar and nak tukar dengan apa. Bila nak tambah isi, 'dia' cakap nanti 'dia' bagi, tapi at last saya kena buat isi tu by my self. Dah google tapi tak jumpa isi dalam bentuk image. So, the solution is ambil isi dan saya terpaksa buat edit gambar sendiri. Bila susah 'dia' cari saya, tapi bila happy go lucky gitu pergi dekat orang lain sampai 'dia' jadi tuli bila saya panggil, jadi buta bila nampak saya, jadi bisu bila saya tanya. So memang kenalah perkataan RainGo untuk dia. Lepas 'dihujani', bila jiwa telah ditumbuhi 'pelangi' yang telah disinari mentari, segera menghilangkan diri.
Story-mory 2#
Kelas Pendidikan Agama Islam untuk form two dekat sekolah saya, kelas khas iaitu kelas para cendiakawan dan murid yang genius belaka dan kelas saya di gabungkan. Setiap seminggu sekali kami akan luangkan masa 40 minit untuk sesi majlis ilmu. Kami pilih untuk buat tazkirah mengikut topik pilihan masing-masing. Setiap murid untuk kelas tersebut pasti kena bertazkirah sekali dalam tahun ini. Setiap kali kawan-kawan perempuan saya kena bertazkirah, mesti dia orang nak duduk sebelah saya. What for? dia orang nak saya tolong dia orang masa tazkirah tu berlangsung, sebab saya ni agak pandai tentang bab-bab jadi 'free talker'. Rasa macam dipergunakan pun ada. Orang yang tak rapat tiba-tiba jadi rapat untuk 40 minit dan 'blah' macam tu sahaja. Jadi, saya ibaratkan mereka yang buat macam tu dekat saya seperti 'RainGo'. Setelah dicurahi sinar mentari selepas ribut mendapingi, muncullah sang pelangi nan indah yang bersifat sementara.
Story-mory 3#
Saya kenal kawan saya ni dari tahun lepas, duration kenalan kami kurang daripada setahun tetapi kami agak rapat dan boleh digelar belangkas. Kawan saya ni, bila tinggal saya dan dia hanya berdua, punyalah rapat sampai orang pandang semacam je. Tapi bila kawan dia dah datang bawak gang, mula lah adengan saya dipinggirkan. Saya tak kisah, sampai kawan saya yang lagi seorang tu datang and said "Aha! Wan, are you a forever alone girl?", follows with her laugh. Saya tak suka menyampuk perbualan orang, bukan mengasingkan diri, I tried to 'involved' or join dia orang tapi rasa macam tak elok pulak. Jadi, saya pun tanyalah kat kawan saya yang telah 'mengIsland'kan saya tu. "Wey, pehal ha bile kengkawan kau datang kau macam tak layan kite? just asking, tak de niat nak be jelly or sakitkan hati." And she just replied "Dah dia orang datang kat aku, takkan la aku nak ignore dia orang?" I just smile. I made a conclusion that her classmate lebih memerlukan dia than me. Mentari berani menunjukkan sinarannya selepas renyai membasahi bumi sehingga bertemu jodoh bagi molekul wap air dan sinarannya dan terciptalah pelangi yang kejap untuk tatapan sementara.
Cukuplah story tu ya... Saya dah agak lali dengan manusia bersifat 'RainGo' ni. Saya nak minta maaf sekiranya saya pun pernah memiliki sifat ini dalam sedar mahupun tidak. Yang baik itu di teladan, yang jelik itu di jadikan sempadan.
Saya tak berapa suka akan pelangi. Saya bukan membenci ciptaan tuhan yang indah itu, tapi sifatnya yang indah datangnya dari hujan itu amat positif bagi saya sehingga ianya menghilang dan meninggalkan pemandangan dan tinggalah terik menjadi tatapan. Sifat cantiknya tidak kekal, tetapi kehadirannya mampu menceriakan hati seorang insan yang sedang berduka. Sekian sahaja daripada saya, Assalamualaikum. Al-fatihah untuk semua muslim yang terlibat dalam tragedi MH370.

No comments:
Post a Comment