Saya nak bagi tahu awal-awal (awal ke?) kat sini, saya kalau boleh saya tak mahu tulis entry masa marah, sedih atau terlampau gembira. Insya' Allah, saya akan mengawal diri saya.
Saya tak mahu gossiping dekat blog. Sometimes gossip can be fitnah right? Secara umum, ramai yang dah tahu bahawa dosa memfitnah tu lebih besar daripada pembunuh. Saya tak nak diri saya jadi lebih teruk daripada pembunuh! Wallahi, saya tak nak. Sekiranya saya pernah, saya nak minta maaf sangat-sangat maybe masa tu saya tak perasaan atau masa tu time jahiliah saya. Saya harap awak yang saya pernah fitnah tu forgive me please~ saya tak mahu nanti di padang mahsyar yang panas terik tu saya merangkak cari awak untuk minta maaf...
Jika boleh, saya tak mahu bergaduh di blog. Dulu saya pernah tergaduh sebab menggunakan shortform yang terlampau. Saya cepat melatah ketika itu, ye la... tak berfikiran matang lagi masa tu. Because of that insiden, saya agak takut untuk guna shortform di blog. If nak gaduh sebab bahasa ni saya memang awal-awal akan surrender. Saya pandai tulis in formal format only... tak best la if blog tu guna formal punya bahasa saja... Sorry ye~
Saya tak nak orang terlalu kenal siapa pemilik blog ni dalam alam blog ni. If tahu nama,keturunan or agama tu ok lagi. If tahu alamat,umur,number phone,personal email and so on yang agak personal tu......emmm... creepy nya~ tau nama cukup la. Aishah, that's all.
tu sahaja kot... okey, Assalamualaikum~

No comments:
Post a Comment