Monday, 18 May 2015

Hari Orang Hebat

Hari ibu,hari guru dan hari lahir mak saya hanya selang beberapa hari sahaja.

Saya seorang anak,saya juga seorang murid. Saya pernah di gelar murid cemerlang. Mak saya pernah panggil saya good girl. Secermerlang mana saya,sebaik mana saya. Saya juga manusia normal. Punya sifat buruk sendiri. Nakal itu semestinya. Saya ni bukanlah maksum.

Senakal mana anak itu,biar di tegur akn salahnya dulu. Kemudia baru hukum jika tetap melakukan kesalahan yang sama.

Saya pernah tak buat kerja rumah matematik. Ketika itu saya hanya berumur 11tahun. Cikgu saya marah saya. Okay,normallah kan? Selepas beberapa saat,dia bercakap dengan saya dengan oktaf suara yang tinggi. Saya mula tebal muka. Mana tidaknya... Dia bukan cakap secara personal,tapi depan 40 orang rakan saya yang lain. Lepas saya memohon maaf dan lafazkan beberapa janji,cikgu saya mula mengejek perlakuan saya. Hanya Allah yang tahu. Saya berdiam kaku di hadapannya. Lalu cikgu itu menghalau saya ke kelas yang kedua terakhir. Katanya saya hanya layak disitu. Cerita selebihnya biarlah hanya kami yang tahu.

Cerita saya bukan nak menagih simpati mahupun ingin mengaibkan guru di muka bumi ini. Sesungguhnya seorang guru itu amat mulia saya pandang. Yang saya ingin tunjukkan adalah cara menegur murid yang belum lagi matang akalnya. Kesalahan yang pertama kali dilakukan sudah dihukum secara mental. Jujur saya cakap,tindakan cikgu itu buatkan saya menjadi seorang yang tiada keyakinan dan tidak boleh berdiri dengan kukuh. Malu. Semua rakan sering mengejek. Mereka semua ikut jejak cikgu.

Biarlah hukuman itu berpada. Neraka juga bukan satu.

Selamat hari orang hebat,cikgu. Terima kasih cikgu.