Sunday, 30 December 2018
My Taste 2
Thursday, 27 December 2018
Tiga Kerja
Tadi lalu carwash belakang rumah. Tapi tutup. Mak aku pun tanya lah "Eh? Dah tutup carwash sini?" abang aku pun jawab ah "Malam, mak. Dia buka malam." Lepas tu aku pun menyampuk. "Orang sekarang buat tiga kerja sehari, mak. Nanti Ashah pun nak buat tiga kerja lah. Pagi Ashah masuk site construction, petang Ashah jual goreng pisang, malam Ashah buat kerja design." lepas tu aku gelak macam tak ada hari esok😂
Mak aku tegah weh. Even aku gurau je pun... Dia risau kot betul betul anak dia workaholic macam zaman study la ni. Ya, memang makan tidur aku agak melayang layang sikit. Asalkan kerja aku siap, dapat submit, tu lagi penting dari kenyang perut kenyang tidur.
Tapi taklah kot aku nak jadi buruh sekali jual goreng pisang. Penat Oi
Friday, 21 December 2018
Uncle ke ayah?
Hari ni abang sulung aku kahwin, so ramailah uncles aku datang. TAPI, semuaaaaa uncles aku seiras muka ayah aku weh! BUKAN MUKA JE SAMA, SUARA PUN SAMAAAAA!
Dia orang tu ayah aku ke pakcik aku weh? 😅 Aku salam, cium tangan dia orang rasa nak menangis...
Kena pulak budak yang selawat qasidah tu nyanyi lagu ayah.... Allahu.....
Sementara dapat tatap muka, dengar suara uncles sekalian, aku tataplah sepenuh hati. Terubat sikit rindu...
Tapi betul aku rindu sangat dekat ayah. Sangat. Sangat sangat rindu.
Bila tengok uncle aku gelak besar tadi, teringat betul aku dengan ayah. Sebijik. Serupa sangat...
Semoga ayah tenang, gembira di sana❤
Tuesday, 18 December 2018
JOM MASUK KVDLM 2019
Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan merupakan sebuah Kolej Vokasional Pertanian yang telah diperakui sebagai pusat bertauliah cawangan (PBC) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta menawarkan SEMBILAN PROGRAM, iaitu
๐ฑ๐ SENI BINA LANDSKAP/ Landscape Architecture (MQA/FA5424)
๐ ๐AGROINDUSTRI TANAMAN (MQA/FA5427)
๐๐ AGROINDUSTRI TERNAKAN POULTRI (MQA/FA5423)
๐๐ AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN (MQA/FA5426)
๐ง๐ TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO (MQA/FA5428)
๐น ๐ทHORTIKULTUR (MQA/FA5425)
๐ ๐ AKUAKULTUR (MQA/PA9939)
๐ ๐ปPENGURUSAN PERNIAGAAN (MQA/PA9940)
๐ณ๐ฑ PEMPROSESAN MAKANAN
✨SYARAT-SYARAT KEMASUKAN✨
๐ Warganegara
๐ Lepasan PT3 2018
๐ Sihat fizikal/mental
๐ Tiada masalah kesihatan
๐ Berminat dengan program yang dipilih
๐ฅTARIKH-TARIKH PENTING๐ฅ
๐ฅ Permohonan atas talian / online 15 Oktober - 20 Disember 2018
๐ฅ Semakan tawaran 18 Januari - 22 Januari 2019
๐ฅ Pendaftaran 23 Januari 2019
๐ฅ Walk in / Rayuan 24 Januari - 28 Februari 2019
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ;
☎️ Pejabat KVDLM : 06 685 1218
๐Kaunselor 1 : 019 245 9383
๐Kaunselor 2 : 012 954 1049
Rindu Masa Tu
Masa aku sekolah rendah, aku sekolah dua sesi macam budak budak lain. Dari darjah satu sampai darjah tiga, pagi sekolah agama petang sekolah kebangsaan. Darjah empat sampai darjah lima terbalik, pagi sekolah kebangsaan petang sekolah agama.
Bila naik darjah empat, aku punya akamedik down gila. Sebabnya aku tak nampak apa cikgu mengajar dekat depat. Aku rabun jauh, yet takut nak bagi tahu mak aku. Sebenarnya aku tak nampak since aku darjah dua, tapi sight aku become worst start darjah empat lah.
Everything aku kena pinjam buku kawan aku. Sebab aku tak boleh copy apa cikgu tulis, so aku copylah kawan aku. End up pembelajaran aku slow, susah nak faham. Sebab aku kena belajar sendiri.
Bila pagi dah penat dengan sekolah kebangsaan, biasanya aku malas gila pergi sekolah agama. First, aku tak ramai kawan sebab beralih sesi. Most of classmates aku memang sesi petang sekolah agama since darjah satu, so aku rasa terasing lah. Member member sesi pagi aku dulu ramai yang tak sama kelas dengan aku.
Mak aku puas pujuk. Sampai satu hari tu bukan main aku menangis sebab penat, tak nak pergi sekolah agama.
Tapi sekarang, aku rindu. Aku rindu sekolah agama. Aku rindu ustazah, ustaz dekat situ. Aku rindu baca quran sama sama, kuat kuat dalam kelas. Aku rindu nak baca quran lepas tu yang lain ikut dan betulkan bacaan aku. Aku rindu nak belajar sirah nabi. Aku rindu nak dalami feqah ibadah. Aku rindu nak belajar lughatul arabiah. Wallahi aku rindu masa tu.
Kalau aku ada masa ya, memang aku teringin nak visit sekolah agama tu. Walaupun ramai ustazah dan ustaz yang dah pindah dan tak mengajar di situ, tetap dekat sekolah tu lah banyak membentuk aku mengamalkan islam.
Andai Allah izinkan, hendak sangat aku dalami Islam disamping mereka yang alim agamanya. Aku nak bacaan quran aku ditasmik secara terperinci. Aku nak mereka membantu aku menghafaz quran. Aku nak bahasa arab aku berlajjah dan betul tatabahasanya. Aku nak dengar dan hafal sirah dengan hadis Rasululullah.
Kalau dulu, di sekolah agama itu lah aku luangkan masa untuk semua itu...
Monday, 17 December 2018
Kalau Mak Ikut
Hari tu aku decide nak keluar sekejap, pergi shopping stationary untuk naik sem depan. Hari tu pula mak quite busy. Biasanya memang aku keluar seorang, entah kenapa mak kata tunggu bila dia free baru keluar sama sama.
Aku jenis on je. Mak tak ikut, aku jalan solo. Kalau mak ikut, aku bawa je lah mak shopping sekali.
TAPI KALAU MAK IKUT, daripada aku nak beli stationary je jadi shopping kain langsir, karpet, handbags, gardening stuff. Ha, itulah jadi kalau mak ikut.
Aku suka jalan solo sebab ikut aku bila nak makan, bila nak keluar dari kedai, berapa lama aku nak berjalan. Bukan tak okay jalan berteman, tapi itu lah... Me time.
Jalan dengan mak pun best, sebab mak dua kali lima dengan aku. Mata meliar cari tanda discount. Pantang sekali! 😂
Sunday, 16 December 2018
Dear Thyroid
Actually bila dah besar, dah meninggalkan dunia childhood, aku perasan yang there is something wrong dengan thyroid aku.
Apa yang tak kena tu? Every 3-6 months thyroid aku akan bengkak. Lepas tu kena diagnosed goiter lah, lymph node lah, radang tekak lah, gland thyroid aku triggered sebab infection lah... Macam macam penyakit yang relate dengan thyroid muncul.
So, bila gland aku swelling, aku kena jumpa doctor and will be prescribed dengan antibiotics with some ubat tahan sakit. Sebab biasanya bila tekak aku bengkak, dia sakit weh. Sakit gila. Makan minum semua tak lepas.
And aku pernah kena diagnosed yang pengeluaran hormones thyroid aku quite passive. Bila thyroid passive, metabolism aku slow, body temperature aku akan jadi rendah. Tangan aku dari bahu sampai hujung jari sejuk. Kaki aku nak cecah lantai memang segan. Sejuk gila!
Orang lain bila dengar issue thyroid, senang je cakap; "Buang je lah thyroid tu" Well, aku harap things are that easy! HA MEH DERMA SIKIT HORMONES THYROID KAU😏
Aku bare je lah. Sejuk, pakai selimut. Sakit, makan ubat. Ada abnormal lump, pergi jumpa doctor.
Oh, recently this year juga doctor diagnosed aku kena cervical lymphadenopathy. First time diagnosed by penyakit aku tak pernah dengar😂 Biasa mesti goiter, tak pun mesti swollen gland...
Anyways, Alhamdulillah tak ada yang serious pun. Semoga aku dikurniakan kesihatan untuk terus banggakan keluarga aku...
Saturday, 15 December 2018
Birthday wish list
Hm.... Sekejap je dah nak masuk 2019. After that 2020 pula! Guess what, 29th February is coming on 2020๐๐๐๐๐
Kot kotlah ada orang yang baik hati lagi dilimpah ruahkan rezeki dia nak bagi hadiah birthday aku, aku listkan siap siap birthday wishes aku๐
*Entering my berangan world*
Firstly aku suka hadiah yang tak akan habis, bermanfaat, boleh dapat hasil๐
Since aku budak landscaping / construction, ada bagusnya kalau dapat tools. Lagi lagi macam cordless nailgun, cordless driller, cordless jig saw, cordless circular saw.... Bestnyaaaaaaaaa๐
If dapat barang art supplies pun best juga! Watercolor from winsor & newton ke... Pens from sakura micron ke... Koi from sakura micron punya watercolor ke... Lagi best dapat travel kit sekali! MASYA'ALLAH ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
and other than that, kasut Vincci pun best jugaaaak! Either cute or elegant looks, not the fun and funky. Strictly.
Mmm... I'm not an accessory person, tapi kalau ring, bracelet or watches tu boleh la layan juga... But I like it when the design looks thin, kurus, and of course fit my tangan. Since tangan aku tulang everywhere ๐
Bagi aku, harga isn't everything. For me quality of it paling penting. Kalau mahal tapi tak best guna tak kena juga. Ada yang pergi kedai bawa receipt kang๐ tak memasal....
Ha, dah kot berangan
*Back to reality*
Insya'Allah kalau panjang umur, by February 2020 tu aku still dalam internship... Tak dapat pekejadah tu pun tak apa, cukup sekadar doakan aku berjaya banggakan keluarga aku๐ธ❤
Thursday, 13 December 2018
Date?
Me: Nak tahu tak apa persamaan kau dengan kurma?
A: Aku sweet macam kurma?
Me: Tak, kau tu hitam lepas tu berkedut!
Lol, tu lawak paling bongok aku selalu buat. Tolak tepi jauh jauh unsur racism.
Tapi, banyak sebenarnya kita boleh belajar dari kurma. Tak ada satu bahagian pokok tamar yang tak ada fungsi. Pelepah dia boleh buat tikar, boleh buat atap, dulu Rasululullah pun tidur alas pelepah tamar. Batang pokok dia pula orang buat jadi tiang tiang. Tangkai kurma boleh dijadikan penyapu. Buah kurma, tak payah sembang memang banyak fungsi lah, nama pun makanan sunnah. Biji buah kurma pun ada fungsi, paling famous is kopi. Akar pkok tamar pun famous juga orang buat ubat, traditional remedies katanya.
So, amiklah iktibar dari pokok tamar. Dah la tahan cuaca macam macam, watering minimal, but tak segan bagi manfaat pada hidupan yang lain.
Saturday, 8 December 2018
Alone Sleeper
Sejak kecik, aku memang tak reti nak tidur alone. Bila aku rasa yang nobody beside me, immediately aku akan bangun and menangislah. Tapi tu masa kecik lah.
Bila dah besar sikit, aku tiga beradik share one bedroom. And dah besar lagi I shared my room with my kakak, till tahun lepas.
By this year, dekat rumah memang aku tidur sendiri. Satu katil queen aku conquer sendiri. Tapi itulah, tu time dekat rumah lah. Berapa hari je aku spent dekat rumah? 😂
Bila dekat asrama, aku memang back to tak reti tidur dalam dorm bila tak ada orang. Tak tenang weh nak tidur😂😂😂
Over thinking tu of course, tapi memang habit aku tak boleh tidur sendirian. Kenapa? Ontah lah jang!
So, dear future husband, maka ketahuilah bahawasanya your future wife ni amat memerlukan teman wheb it comes to tidur. Kalau makan or tengok tv or other things I can done by myself. Tapi tidur isn't the same😂
Mak aku kena pat aku time nak tidur sampai darjah tiga tak silap.. When I was ten, my mom won't allow me enter her room anymore 😅
Anak bongsu manja extra sikit lah kan...... Nasiblah husband aku nanti. Dah la aku jenis icy cold, tiba tiba dia tahu clingy part of me pulak! Aduh... 😂
Sunday, 25 November 2018
Anak Angkat
Aku selalu perasan yang anak angkat kebiasaannya selalu ada ikut muka one of or both mak ayah angkat dia. And I'm always wondering how is that happening? Ye lah. Features like face mesti diwarisi through DNA kan?
Close friend of mine sendiri is anak angkat, and muka dia tak lari from both her foster parent.
Even anak saudara aku sendiri pun sama.
All I can think is kuasa Allah. Subhanallah
Wednesday, 21 November 2018
Penat
Aku sejenis manusia ada dua level penat.
Level pertama, penat tahap boleh buat lagi tapi mengada macam nak mati dah. Biasanya tu daily pubya penat lah. Larat je nak buat kerja lagi, tapi disebabkan aku layankan sangat penat tu, biasanya aku decide untuk rehat or tidur.
Level kedua paroh sikit ah. Level ni penat sampai aku menangis tak ingat apa dah. Memang dah rasa aku ni victim segala victim. Rasa macam betul nak mati dah. Memang dah tak larat buat apa dah. Nak bernafas pun rasa letih bukan main.
Both level penat is described as penat. It could happen daily or sometimes tu rarely. Sebab feeling enthusiasm tu kadang wujud...
Tapi bila dah sampai level kedua tu, aku memang biasa menangis sampai tidur lah. Lepas tu tidur bukan sekejap, berbwlas jam h jugak. Lagi lagi waktu PMS, emotional rollercoaster weh.
Thursday, 1 November 2018
"Dah, dah... "
Aku pernah kantoi dengan ayah yang aku menangis alone dekat dalam bilik. At that time aku struggle, stressed out tahap asking myself; bila aku boleh stop tengok diri aku menyusahkan semua orang?
Tapi instead of asking kenapa aku meroyan, ayah peluk aku. Sandarkan muka aku dekat bahu dia. Tepuk bahu aku. Cium dahi aku. And cakap; "Dah. Dah... Sabar. Ayah ada dekat sini"
And hari ni aku koyak habis macam at that time. Tapi tak ada siapa nak tepuk bahu aku, so aku tepuk bahu aku sendiri. Aku bisik; "Dah... Sudah."
Aku rindu pelukan ayah.
Wednesday, 24 October 2018
Sharing Session
Lately ni, entah kenapa aku jadi macam library bergerak among classmates aku😂
Tak tahu definition some words or sentence cari aku, minta pendapat pun aku, asking for kepastian pun aku juga. Alhamdulillah, Allah buka jalan untuk aku mengajar.
Aku suka share ilmu. Tapi itu lah. Aku tak reti nak mengajar orang. Sebab tak semua orang faham cara aku explaining something. Memang aku mengaku, that is my bad lah😅 Tapi Tuhan masih give me some ways to teach kawan kawan aku.
Sometimes tu kan, aku sengaja tulis hadith or dalil or kata kata ulama'dekat white board kelas aku. Tak ada la tulis besau besau. Dekat hujung corner board tu la... Tak ada makan banyak space pun.
Kadang tu secara spontaneous aku sengaja bangkitkan satu persoalan or masalah and share how to solve it or the answer lah. This one aku selalu buat time makan dengan classmates aku.
Aku ada cara aku untuk share apa aku tahu. Dan aku tahu aku tak akan layak untuk dilabel as a cikgu, yet aku just nak share ilmu secara informal je.
Sharing session is my favorite session. Tak kesah dekat mana mana pun. With orang lain sharing something or aku sendiri yang berkongsi apa yang aku ada. Dekat sotu boleh dapat pencerahan about something yang kita selama ni dok curious je.
Malam ni sebelum tidur, budak dorm aku ajak baca doa berjemaah. Siap suruh aku lead lagi. Bila dia orang dah tadah tangan, aku pun.... "A'uzubillahhiminasyatonnirajim. Amin...." And there goes seorang budak dorm aku ingat aku main main😂 well, I am not okay. Itu pun doa tau!
Then aku share opinion aku about doa berjemaah; Aku lagi suka doa secara individu bukan secara berjemaah. Bukan apa, kalau berjemaah doanya akan jadi umum dan tak personal. Contoh conyoh sikit⤵️
Kalau berjemaah; "Ya Allah, Kau lindungilah kami daripada kejahatan malam."
Kalau personal; "Ya Allah, Kau lindungilah aku, ibu ayah aku, adik beradik aku, daripada kejahatan malam. Janganlah Kau izinkan syaitan dan jin mengganggu kami......"
Okay, faham? Sebab tu aku lagi prefer cakap sendiri dengan Allah apa aku mahu.
**DISCLAIMER**
Aku tak kata doa secara berjemaah tu salah or kurang pahala or what okay
Untuk classmates aku, sharing session dari aku same just like tazkirah. Well, I'm not qualified yet untuk bebelan aku classified as a tazkirah.
Well, itu je kot.... Doakan aku dapat share ilmu dengan kelompok mereka yang lebih berminat dan lebih ramai. Insya'Allah 💞
Tuesday, 23 October 2018
Instead
Doa. It is something that we need to be careful of. Silap doa, masaklah nak😂
Bila orang tanya tips itu tips ini, most likely orang akan jawab doa. Ye, betullah. Rendahkan ego, minta rayu pada Allah. Allah akan bagi, sebab Dia Maha Pengurnia, Maha Mendengar doa doa hamba Dia.
Tapi, first be thankful dengan apa kita ada dan baru asking for more.
Sebab tu banyak doa start dengan "Alhamdulillah......" Segala puji bagi Allah. Bersyukur dulu.
Benda ni selalu orang tertinggal. It is one of the adab berdoa lah. Pernah belajar time sekolah agama dulu. Akhlak darjah satu seingat aku.
Contohnya time sakit. Instead of minta kesembuhan imidately, kita boleh start of asking jadikan sakit tu sebagai penghapus dosa dosa kecil dan besar kita, jadikan sakit kita sebagai penguat iman kita terhadap Allah.
One more thing, bersangka baik dengan tuhan. Ingat, Allah uji hamba-Nya dengan kemampuan hamba-Nya sendiri. Dia tahu kita boleh tanggung, sebab tu Dia bagi ujian tu pada kita. Jangan pernah sekali fikir ujian itu sebab Allah benci pada kita. Fikir balik. Mungkin lama kita tak bersyukur, lama kita tak merayu pada Dia. Allah rindu rayu rintih kita.
Instead mengeluh, bersyukur. Bila dah dia tapi still tak dimakbulkan, sabar. Bersyukurlah dulu. Mungkin belum tiba masanya. Bersangka baik dengan Allah. Dia sayang pada kita semua.
Lagi satu, instead fikirkan murka Allah, baik fikirkan nikmat Allah pada kita semua. Sebab Nikmat Allah melangkaui murka-Nya. Tuhan menegur kita, sedarkan kita untuk segera bertaubat amatlah lain daripada teguran manusia. Jangan bandingkan. Insya'Allah, moga kita semua semoat bertaubat sebelum meninggal.
Okay. Jom conclude semuanya.
1. Bersyukur sebelum memohon pada Allah
2. Bersangka baik pada Allah
3. Ingat Nikmat Tuhan membatasi murka-Nya
So, apa lagi jom Iqra'addu'a🌹
Monday, 22 October 2018
Write to Myself
Since aku tahu aku membebel dekat sini tak ada orang lain pun yang baca, aku tulis, aku sendiri yang baca😂
Sometimes bila aku scroll old post aku, aku sendiri tak ingat yang aku pernah tulis those stuff. Kind of nostalgic ah bagi aku...
So, from now on I'll write here for myself. Probably tak payah bagi salam la kot😅 kan?
I'll just make this medium as my diary lah. Instead sharing everything on twitter or instagram yang penuh dengan kawan sekolah rendah, junior, senior and family, I'll share everything here. It could be daily stuff, it could be the problems that I'm facing in meantime, it could be some random stuff yang aku rasa nak bebelkan.
Jadi, bebelan bahagia ni will be betul punya bebelan yang membahagiakan aku😎 I'll spill, pour all of the tea here
There we go, secara officially blog ni dinaik taraf menjadi diary alam maya aku🌹
Saturday, 20 October 2018
Tribes
It is 2018 now and soon it will be 2019. Dan masih ada lagi antara kita yang sujud satu kiblat, berpegang satu kitab, menyembah tuhan yang satu dan masih berpuak?
Like come on guys! Kita we are one, buat apa nak berpuak macam orang arab jahiliah? Why? Just why?
Sebab itu aku tak berapa suka untuk labelkan "Oh dia tu best friend aku, yang itu pula kawan biasa." sebab itu lah punca puak puak ni wujud.
I'd prefer kawan biasa dengan semua orang. Kalau dekat sini, memang jarang nampak aku jalan ramai ramai. Sebab aku prefer not being a member of any puak. Tak juga untuk mencipta puak sendiri.
That is why aku selalu kata yang aku tak suka orang berubah sebab manusia. Aku pun tak suka untuk berubah sebab orang lain. Let it be our own reason to change. Berubah sebab kehendak sendiri.
Bila mula berubah sebab orang, mulalah mengata orang lain salah, orang lain tak betul. Hanya kau dan puak kau betul. Nauzubillah.
Belajar terima pendapat.
Belajar apa itu ikhlas.
Belajar kenal diri kita siapa.
Belajar kenal mereka itu siapa.
Belajar jangan suka suka label orang.
Ingat kita bukan tuhan.
Ingat kawan kita bukan nabi untuk taksub kita jadikan ikutan. Yang baik sila ikut, tapi jangan sampai orang yang tak sekata ingin ikut apa kau ikut kau keji kau hina.
Friday, 19 October 2018
Favorite Aku
I believe every muslim has their own favorite surah or ayah in the Holy Quran.
I start my quran lesson since I was 4. Started by the most famous way to read quran which is The Iqra'. I finished it when I'm six, so I officially started read quran by musyaf when I was 7.
Well, I started to have a favorite surah when I was six. It was Yaseen. Every time I heard people recite it, Subhanallah... Hanya tuhan tahu sukanya aku time tu.
As I grow older, makin banyak surah favorite aku. I love An-Nas because the rhythm. Then I love Al-Waqiah because it is one of the easiest surah to hafal. And lots more surah became my favorite.
I used to tasmik my recitation every day with my ustazah. But when I finished sekolah agama which means I continue with the standard sekolah menengah, lama aku tinggalkan quran. Rindu? Rindu sangat.
Then Allah choosed me to further my study in KV which where I am now. Here, rarely I left the quran. Setiap maghrib mesti ada masa mengaji. Plus we also got kelas mengaji here😍
Then with keizinan Allah, I managed to regain my hafazan that I left for quite time. Alhamdulillah, Allah ease the process.
I love recite Al-kahf and Ar-Rahman. Plus Al-Mulk. These three surah is wajib for me. Alhamdulillah, I managed to hafal these three easily. Kuasa tuhan🌹
For now, I have decided that for my future husband, he doesn't have to fussed with the hantaran stuff. He just need to recite Ar-Rahman at least the first 13 ayah of it by his hafazan. Kalau lagi bagus semua lah. Bukan beratus pun ayatnya😅
Ar-Rahman has been my ultimate favorite followed by Yaseen which my first favorite surah in my life✨
Misinterpreted
Day by day, terasa tua sangat. Haih...
It's been awhile aku membebel dekat sini😅
First of all, aku tak percaya that I am still here meneruskan journey aku demi segulung diploma dan sijil kemahiran also sijil vokasional dan sijil sijil yang lain ah. Buek sonang nak kojo nanti😆
Dekat sini, aku selalu sangat pesan dekat kawan-kawan also kenalan yang 'I will always be there untuk semua orang.' Kalau bukan sebagai kawan mungkin sebagai exco kebajikan yang bertanggungjawab ambil tahu kebajikan semua pelajar di sini. Or maybe as a pendengar sahaja. "Aku sentiasa ada" itulah mantera aku dekat sini.
Tapi, mantera aku tu selalu disalah tafsirkan or misinterpreted oleh mereka semua. Haih... Dia orang ingat aku pesan "I will always be there when you facing some sh*t with your life and you can just treat me as a stranger when you're happy with your life"
Aku bukan jenis buat something untuk reward. Aku buat something sebab aku nak buat. Aku tak harap apa apa. Even the magical word 'Thanks' pun.
Aku pun bukan jenis sikit sikit minta tolong, sikit sikit ask favor dekat orang. Kalau betul aku tak mampu buat something, baru aku minta tolong. Itu pun dengan berat hati takut menyusahkan orang.
Disclaimer : bukan nak point out aku ni baik sangat tahap malaikat pun kalah.
Tapi bila aku tolong orang, aku berharap Allah mudahkan urusan urusan aku. Itu je.
Mohon sangat jangan buang aku bila kamu semua tak perlukan aku. Aku pun manusia macam kamu semua. I need some hands sometimes. Ada masa aku kuat, ada masa aku lah paling weak.
I'm not wishing that semua yang aku dah tolong akan tolong aku. Instead applying the Orang berbudi kita berbahasa...
Susah. Betul susah bila kita tengah susah tapi semua orang tak dapat nak bantu kita. And at that time kita tahu yang ada hanya kau dan tuhan :')
Tak apalah. Semoga kamu semua dalam lindungan Allah🌹























