Semalam aku keluar spend time dengan girlfriends aku from sekolah menengah. First kita orang ingat nak pergi sushi hunt, tapi entah kenapa tak selera pula nak telan sushi time tu. So, we change our plan. Kebetulan one of us kena cari buku untuk study dia. So, we went to Kinokuniya KLCC. Kemain haruk aku jadi pelancong!😂
Selain shopping, makan, borak pasal study, ada terselit topik 'future'. Selain further study and build our own carrier, keluar isu 'kahwin'.
So, here we go My Taste Part 2
Aku kalau nak cari jodoh, aku tak cari yang ada rupa pun sebenarnya... My taste part 1 dulu tu berangan tak ingat dunia akhirat nama dia!😂😂
Bagi aku, selain mampu bagi nafkah, dia juga mesti kena pandai ajar quran. Tak perlu jadi ustaz untuk tahu mengajar quran, enough tahu hukum hakam tajwid quran and mampu tegur bacaan aku. And bila dah ada anak, aku nak anak anak aku hidup dengan quran sehari harian. Bukan sekadar tahu baca, tapi amalkan isi quran tu sendiri.
Semalam masa kami discuss pasal taste jodoh, semua taste bercanggah gila. Except for 'Pandai ajarkan Quran'. Kami sema agreed that lelaki kalau nak kahwin kena ready untuk bimbing the wife and anak anak dia. Tak tahu belajar. Effort nak kahwin tak cukup kalau saling suka sama suka, cinta sama cinta. The commitment as married couple bukan setakat nafkah makan pakai, tapi dari segi agama dia pun kena bagi attention.
For me, cukup dia boleh tegur bacaan quran aku. No need bergelar ustaz. Kalau dia sama sama bergelar arkitek sama dengan aku pun okay. Kalau dia kerja security guard pun okay. Kerja halal, mampu sara aku, and future anak anak cukup.
Tapi... Kalau pandai ajar quran tapi adab kelaut memang reject awal awal. Adab macam mana? Adab dengan family dia, dengan kawan kawan, dengan elders, dengan aku. In my opinion lelaki yang respect manusia bergelar perempuan takkan call ajak berborak tengah tengah malam, takkan suka suka ajak keluar tanpa mahram perempuan tu. Tu bagi aku lah. Bagi aku tu semua hak sebagai pasangan suami isteri yang sah.
Bila aku bacaan quran aku tak betul, dia mampu tegur. Bila pakaian aku tak ikut syarie, dia tegas menegur. Itu antara taste aku bagi seorang lelaki yang aku nak spend the rest of my whole life with him.
No comments:
Post a Comment