Sunday, 30 December 2018

My Taste 2

Semalam aku keluar spend time dengan girlfriends aku from sekolah menengah. First kita orang ingat nak pergi sushi hunt, tapi entah kenapa tak selera pula nak telan sushi time tu. So, we change our plan. Kebetulan one of us kena cari buku untuk study dia. So, we went to Kinokuniya KLCC. Kemain haruk aku jadi pelancong!๐Ÿ˜‚
Selain shopping, makan, borak pasal study, ada terselit topik 'future'. Selain further study and build our own carrier, keluar isu 'kahwin'.

So, here we go My Taste Part 2

Aku kalau nak cari jodoh, aku tak cari yang ada rupa pun sebenarnya... My taste part 1 dulu tu berangan tak ingat dunia akhirat nama dia!๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Bagi aku, selain mampu bagi nafkah, dia juga mesti kena pandai ajar quran. Tak perlu jadi ustaz untuk tahu mengajar quran, enough tahu hukum hakam tajwid quran and mampu tegur bacaan aku. And bila dah ada anak, aku nak anak anak aku hidup dengan quran sehari harian. Bukan sekadar tahu baca, tapi amalkan isi quran tu sendiri.

Semalam masa kami discuss pasal taste jodoh, semua taste bercanggah gila. Except for 'Pandai ajarkan Quran'. Kami sema agreed that lelaki kalau nak kahwin kena ready untuk bimbing the wife and anak anak dia. Tak tahu belajar. Effort nak kahwin tak cukup kalau saling suka sama suka, cinta sama cinta. The commitment as married couple bukan setakat nafkah makan pakai, tapi dari segi agama dia pun kena bagi attention.

For me, cukup dia boleh tegur bacaan quran aku. No need bergelar ustaz. Kalau dia sama sama bergelar arkitek sama dengan aku pun okay. Kalau dia kerja security guard pun okay. Kerja halal, mampu sara aku, and future anak anak cukup.

Tapi... Kalau pandai ajar quran tapi adab kelaut memang reject awal awal. Adab macam mana? Adab dengan family dia, dengan kawan kawan, dengan elders, dengan aku. In my opinion lelaki yang respect manusia bergelar perempuan takkan call ajak berborak tengah tengah malam, takkan suka suka ajak keluar tanpa mahram perempuan tu. Tu bagi aku lah. Bagi aku tu semua hak sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Bila aku bacaan quran aku tak betul, dia mampu tegur. Bila pakaian aku tak ikut syarie, dia tegas menegur. Itu antara taste aku bagi seorang lelaki yang aku nak spend the rest of my whole life with him.

Thursday, 27 December 2018

Tiga Kerja

Tadi lalu carwash belakang rumah. Tapi tutup. Mak aku pun tanya lah "Eh? Dah tutup carwash sini?" abang aku pun jawab ah "Malam, mak. Dia buka malam." Lepas tu aku pun menyampuk. "Orang sekarang buat tiga kerja sehari, mak. Nanti Ashah pun nak buat tiga kerja lah. Pagi Ashah masuk site construction, petang Ashah jual goreng pisang, malam Ashah buat kerja design." lepas tu aku gelak macam tak ada hari esok😂

Mak aku tegah weh. Even aku gurau je pun... Dia risau kot betul betul anak dia workaholic macam zaman study la ni. Ya, memang makan tidur aku agak melayang layang sikit. Asalkan kerja aku siap, dapat submit, tu lagi penting dari kenyang perut kenyang tidur.

Tapi taklah kot aku nak jadi buruh sekali jual goreng pisang. Penat Oi

Friday, 21 December 2018

Uncle ke ayah?

Hari ni abang sulung aku kahwin, so ramailah uncles aku datang. TAPI, semuaaaaa uncles aku seiras muka ayah aku weh! BUKAN MUKA JE SAMA, SUARA PUN SAMAAAAA!

Dia orang tu ayah aku ke pakcik aku weh? 😅 Aku salam, cium tangan dia orang rasa nak menangis...

Kena pulak budak yang selawat qasidah tu nyanyi lagu ayah.... Allahu.....

Sementara dapat tatap muka, dengar suara uncles sekalian, aku tataplah sepenuh hati. Terubat sikit rindu...

Tapi betul aku rindu sangat dekat ayah. Sangat. Sangat sangat rindu.

Bila tengok uncle aku gelak besar tadi, teringat betul aku dengan ayah. Sebijik. Serupa sangat...

Semoga ayah tenang, gembira di sana❤

Tuesday, 18 December 2018

JOM MASUK KVDLM 2019

Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan merupakan sebuah Kolej Vokasional Pertanian yang telah diperakui sebagai pusat bertauliah cawangan (PBC)  oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta menawarkan SEMBILAN PROGRAM, iaitu

๐ŸŒฑ๐Ÿ“ SENI BINA LANDSKAP/ Landscape Architecture (MQA/FA5424)

๐Ÿ‰ ๐Ÿ„AGROINDUSTRI TANAMAN (MQA/FA5427)

๐Ÿ“๐Ÿ” AGROINDUSTRI TERNAKAN POULTRI (MQA/FA5423)

๐Ÿ„๐Ÿƒ AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN (MQA/FA5426)

๐Ÿ”ง๐Ÿšœ TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO (MQA/FA5428)

๐ŸŒน ๐ŸŒทHORTIKULTUR (MQA/FA5425)

๐ŸŸ ๐Ÿ AKUAKULTUR (MQA/PA9939)

๐Ÿ“ ๐Ÿ’ปPENGURUSAN PERNIAGAAN (MQA/PA9940)

๐Ÿณ๐Ÿฑ PEMPROSESAN MAKANAN

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
๐ŸŒŸ Warganegara
๐ŸŒŸ Lepasan PT3 2018
๐ŸŒŸ Sihat fizikal/mental
๐ŸŒŸ Tiada masalah kesihatan
๐ŸŒŸ Berminat dengan program yang dipilih

๐Ÿ’ฅTARIKH-TARIKH PENTING๐Ÿ’ฅ
๐Ÿ”ฅ Permohonan atas talian / online 15 Oktober - 20 Disember 2018
๐Ÿ”ฅ Semakan tawaran 18 Januari - 22 Januari 2019
๐Ÿ”ฅ Pendaftaran 23 Januari 2019
๐Ÿ”ฅ Walk in / Rayuan 24 Januari - 28 Februari 2019

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ;
☎️ Pejabat KVDLM : 06 685 1218
๐Ÿ“žKaunselor 1 : 019 245 9383
๐Ÿ“žKaunselor 2 : 012 954 1049

Rindu Masa Tu

Masa aku sekolah rendah, aku sekolah dua sesi macam budak budak lain. Dari darjah satu sampai darjah tiga, pagi sekolah agama petang sekolah kebangsaan. Darjah empat sampai darjah lima terbalik, pagi sekolah kebangsaan petang sekolah agama.

Bila naik darjah empat, aku punya akamedik down gila. Sebabnya aku tak nampak apa cikgu mengajar dekat depat. Aku rabun jauh, yet takut nak bagi tahu mak aku. Sebenarnya aku tak nampak since aku darjah dua, tapi sight aku become worst start darjah empat lah.

Everything aku kena pinjam buku kawan aku. Sebab aku tak boleh copy apa cikgu tulis, so aku copylah kawan aku. End up pembelajaran aku slow, susah nak faham. Sebab aku kena belajar sendiri.

Bila pagi dah penat dengan sekolah kebangsaan, biasanya aku malas gila pergi sekolah agama. First, aku tak ramai kawan sebab beralih sesi. Most of classmates aku memang sesi petang sekolah agama since darjah satu, so aku rasa terasing lah. Member member sesi pagi aku dulu ramai yang tak sama kelas dengan aku.

Mak aku puas pujuk. Sampai satu hari tu bukan main aku menangis sebab penat, tak nak pergi sekolah agama.

Tapi sekarang, aku rindu. Aku rindu sekolah agama. Aku rindu ustazah, ustaz dekat situ. Aku rindu baca quran sama sama, kuat kuat dalam kelas. Aku rindu nak baca quran lepas tu yang lain ikut dan betulkan bacaan aku. Aku rindu nak belajar sirah nabi. Aku rindu nak dalami feqah ibadah. Aku rindu nak belajar lughatul arabiah. Wallahi aku rindu masa tu.

Kalau aku ada masa ya, memang aku teringin nak visit sekolah agama tu. Walaupun ramai ustazah dan ustaz yang dah pindah dan tak mengajar di situ, tetap dekat sekolah tu lah banyak membentuk aku mengamalkan islam.

Andai Allah izinkan, hendak sangat aku dalami Islam disamping mereka yang alim agamanya. Aku nak bacaan quran aku ditasmik secara terperinci. Aku nak mereka membantu aku menghafaz quran. Aku nak bahasa arab aku berlajjah dan betul tatabahasanya. Aku nak dengar dan hafal sirah dengan hadis Rasululullah.

Kalau dulu, di sekolah agama itu lah aku luangkan masa untuk semua itu...

Monday, 17 December 2018

Kalau Mak Ikut

Hari tu aku decide nak keluar sekejap, pergi shopping stationary untuk naik sem depan. Hari tu pula mak quite busy. Biasanya memang aku keluar seorang, entah kenapa mak kata tunggu bila dia free baru keluar sama sama.

Aku jenis on je. Mak tak ikut, aku jalan solo. Kalau mak ikut, aku bawa je lah mak shopping sekali.

TAPI KALAU MAK IKUT, daripada aku nak beli stationary je jadi shopping kain langsir, karpet, handbags, gardening stuff. Ha, itulah jadi kalau mak ikut.

Aku suka jalan solo sebab ikut aku bila nak makan, bila nak keluar dari kedai, berapa lama aku nak berjalan. Bukan tak okay jalan berteman, tapi itu lah... Me time.

Jalan dengan mak pun best, sebab mak dua kali lima dengan aku. Mata meliar cari tanda discount. Pantang sekali! 😂

Sunday, 16 December 2018

Dear Thyroid

Actually bila dah besar, dah meninggalkan dunia childhood, aku perasan yang there is something wrong dengan thyroid aku.

Apa yang tak kena tu? Every 3-6 months thyroid aku akan bengkak. Lepas tu kena diagnosed goiter lah, lymph node lah, radang tekak lah, gland thyroid aku triggered sebab infection lah... Macam macam penyakit yang relate dengan thyroid muncul.

So, bila gland aku swelling, aku kena jumpa doctor and will be prescribed dengan antibiotics with some ubat tahan sakit. Sebab biasanya bila tekak aku bengkak, dia sakit weh. Sakit gila. Makan minum semua tak lepas.

And aku pernah kena diagnosed yang pengeluaran hormones thyroid aku quite passive. Bila thyroid passive, metabolism aku slow, body temperature aku akan jadi rendah. Tangan aku dari bahu sampai hujung jari sejuk. Kaki aku nak cecah lantai memang segan. Sejuk gila!

Orang lain bila dengar issue thyroid, senang je cakap; "Buang je lah thyroid tu" Well, aku harap things are that easy! HA MEH DERMA SIKIT HORMONES THYROID KAU😏

Aku bare je lah. Sejuk, pakai selimut. Sakit, makan ubat. Ada abnormal lump, pergi jumpa doctor.

Oh, recently this year juga doctor diagnosed aku kena cervical lymphadenopathy. First time diagnosed by penyakit aku tak pernah dengar😂 Biasa mesti goiter, tak pun mesti swollen gland...

Anyways, Alhamdulillah tak ada yang serious pun. Semoga aku dikurniakan kesihatan untuk terus banggakan keluarga aku...

Saturday, 15 December 2018

Birthday wish list

Hm.... Sekejap je dah nak masuk 2019. After that 2020 pula! Guess what, 29th February is coming on 2020๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Kot kotlah ada orang yang baik hati lagi dilimpah ruahkan rezeki dia nak bagi hadiah birthday aku, aku listkan siap siap birthday wishes aku๐Ÿ˜‹

*Entering my berangan world*

Firstly aku suka hadiah yang tak akan habis, bermanfaat, boleh dapat hasil๐Ÿ˜

Since aku budak landscaping / construction, ada bagusnya kalau dapat tools. Lagi lagi macam cordless nailgun, cordless driller, cordless jig saw, cordless circular saw.... Bestnyaaaaaaaaa๐Ÿ˜

If dapat barang art supplies pun best juga! Watercolor from winsor & newton ke... Pens from sakura micron ke... Koi from sakura micron punya watercolor ke... Lagi best dapat travel kit sekali! MASYA'ALLAH ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

and other than that, kasut Vincci pun best jugaaaak! Either cute or elegant looks, not the fun and funky. Strictly.

Mmm... I'm not an accessory person, tapi kalau ring, bracelet or watches tu boleh la layan juga... But I like it when the design looks thin, kurus, and of course fit my tangan. Since tangan aku tulang everywhere ๐Ÿ˜‚

Bagi aku, harga isn't everything. For me quality of it paling penting. Kalau mahal tapi tak best guna tak kena juga. Ada yang pergi kedai bawa receipt kang๐Ÿ˜‚ tak memasal....

Ha, dah kot berangan

*Back to reality*

Insya'Allah kalau panjang umur, by February 2020 tu aku still dalam internship... Tak dapat pekejadah tu pun tak apa, cukup sekadar doakan aku berjaya banggakan keluarga aku๐ŸŒธ❤

Thursday, 13 December 2018

Date?

Me: Nak tahu tak apa persamaan kau dengan kurma?
A: Aku sweet macam kurma?
Me: Tak, kau tu hitam lepas tu berkedut!

Lol, tu lawak paling bongok aku selalu buat. Tolak tepi jauh jauh unsur racism.

Tapi, banyak sebenarnya kita boleh belajar dari kurma. Tak ada satu bahagian pokok tamar yang tak ada fungsi. Pelepah dia boleh buat tikar, boleh buat atap, dulu Rasululullah pun tidur alas pelepah tamar. Batang pokok dia pula orang buat jadi tiang tiang. Tangkai kurma boleh dijadikan penyapu. Buah kurma, tak payah sembang memang banyak fungsi lah, nama pun makanan sunnah. Biji buah kurma pun ada fungsi, paling famous is kopi. Akar pkok tamar pun famous juga orang buat ubat, traditional remedies katanya.

So, amiklah iktibar dari pokok tamar. Dah la tahan cuaca macam macam, watering minimal, but tak segan bagi manfaat pada hidupan yang lain.

Saturday, 8 December 2018

Alone Sleeper

Sejak kecik, aku memang tak reti nak tidur alone. Bila aku rasa yang nobody beside me, immediately aku akan bangun and menangislah. Tapi tu masa kecik lah.

Bila dah besar sikit, aku tiga beradik share one bedroom. And dah besar lagi I shared my room with my kakak, till tahun lepas.

By this year, dekat rumah memang aku tidur sendiri. Satu katil queen aku conquer sendiri. Tapi itulah, tu time dekat rumah lah. Berapa hari je aku spent dekat rumah? 😂

Bila dekat asrama, aku memang back to tak reti tidur dalam dorm bila tak ada orang. Tak tenang weh nak tidur😂😂😂

Over thinking tu of course, tapi memang habit aku tak boleh tidur sendirian. Kenapa? Ontah lah jang!

So, dear future husband, maka ketahuilah bahawasanya your future wife ni amat memerlukan teman wheb it comes to tidur. Kalau makan or tengok tv or other things I can done by myself. Tapi tidur isn't the same😂

Mak aku kena pat aku time nak tidur sampai darjah tiga tak silap.. When I was ten, my mom won't allow me enter her room anymore 😅

Anak bongsu manja extra sikit lah kan...... Nasiblah husband aku nanti. Dah la aku jenis icy cold, tiba tiba dia tahu clingy part of me pulak! Aduh... 😂