Saturday, 5 January 2019

Hint lagi

Aku tahu tahun ni tak ada 29th February, tapi kalau nak juga bagi hadiah, aku terima je😌

Kalau bab hadiah ni aku prefer benda yang tak habis and useful.

Kalau sebelum ni aku dah sebut apa kebenda yang aku suka as hadiah, la ni aku nak specific kan sikit.

Entah kenapa aku back into collecting tudung. Hari tu aku terjumpa tudung satu ni, lawa, labuh, not too pricey.

Tudung apa? Go to Properhijab.com -> Search Yuna Lulu -> Choose black 😌😌😌

Heeeee

Berangan Kejap

Since aku kecil aku selalu berangan nak jadi designer. Kalau dulu aku pernah berangan jadi fashion designer, sekarang bila aku dah masuk bidang landscaping aku berangan jadi landscape designer pula.

Disebabkan lately ni aku dok busy dengan sketchup untuk design proposal fyp aku, aku pun take a break kejap kejap untuk berangan. Iyalah... Ini je masa yang aku ada untuk berangan. Esok lusa aku dah memang kena focus dekat fyp, assignments, class, yadayadayada yang lain..

So, aku pun beranganlah dekat sketchup tu kongkonon office aku nanti... Kira macam office goals gitchu lah!๐Ÿ˜‚

Meh aku payung sikit berangan aku yang aku picturekan through sketchup. Memang tak seberapa, nama pun curi curi masa...



Aku tak perlu office yang gah kemain siap ada library, leather couch, kerusi octopus ogawa ke apa, enough ada meja desktop, desktop of course, lighting yang just nice, book shelf yang asal ada tempat aku letak files, sofa biasa just in case I need to crush in the office, POKOK WAJIB, and I'd like my office in a monochrome theme.

As I said, ni hanyalah dunia berangan aku. Aku tahu reality punya office lagu mana. Cubicle, partition, meja and kerusi je... Ya, tak salah berangan. Dreaming always be free, just to achieve it mahal sikit ah, effort, passion, duit pun kena ada...

And sebab aku just berangan tak ada ah aku nak render bagai nak rak. Tak ada dodge or burn or lens flare ke apa kejadah... Cukup ah tu, erangan je kot๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ 

Tuesday, 1 January 2019

Final Teen Year

Yelah tu. Aku tengah bernafas sisa sisa tahun terakhir aku memegang perkataan 'teen' dalam umur aku. Weh! Aku dah 19 weh!๐Ÿ˜‚

Tahun ni pun tahun terakhir aku untuk diploma. Next year inshaAllah aku pergi OJT, and insyaAllah convo...

Selama ni aku tadah tangan, doa kemain fancy. La ni aku tadah tangan minta biar mak aku dikurniakan umur yang panjang, diberikan kesihatan, diluaskan rezeki. Aku harap Allah pinjamkan mak aku lama lagi, sebab aku tak boleh bayangkan kalau mak dah tak ada. 

Tahun 2019 ni aku dapat jangkakan akan jadi tahun yang teramat busy, yelah student final year kaaaannn๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Untuk final year project, aku diletakkan dalam group of three. Kami punya project wasn't what we choose to do. Projek projek kami semua ditetapkan by our lecturer, and kena buat secara grouping.

At first, aku memang tak sukalah. Sebab aku dah plan aku nak buat apa untuk fyp aku. And memang until sekarang aku tak berapa agree dengan keputusan lecturer aku. Sebab concept macam ni totally cut off and limit our creativity. Project dia bagi, design dia tetapkan, all we do is meralisasikan design dia.

Aku tahu niat dia nak tolong kami. Nak mudahkan kerja kami. Nak kami semua pass and convo. Tapi itu lah... 

Image result for sigh gif

InsyaAllah aku cuba sebaik mungkin untuk fyp, study and akan datang ojt.

Doakan aku๐Ÿ’“

Sunday, 30 December 2018

My Taste 2

Semalam aku keluar spend time dengan girlfriends aku from sekolah menengah. First kita orang ingat nak pergi sushi hunt, tapi entah kenapa tak selera pula nak telan sushi time tu. So, we change our plan. Kebetulan one of us kena cari buku untuk study dia. So, we went to Kinokuniya KLCC. Kemain haruk aku jadi pelancong!๐Ÿ˜‚
Selain shopping, makan, borak pasal study, ada terselit topik 'future'. Selain further study and build our own carrier, keluar isu 'kahwin'.

So, here we go My Taste Part 2

Aku kalau nak cari jodoh, aku tak cari yang ada rupa pun sebenarnya... My taste part 1 dulu tu berangan tak ingat dunia akhirat nama dia!๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Bagi aku, selain mampu bagi nafkah, dia juga mesti kena pandai ajar quran. Tak perlu jadi ustaz untuk tahu mengajar quran, enough tahu hukum hakam tajwid quran and mampu tegur bacaan aku. And bila dah ada anak, aku nak anak anak aku hidup dengan quran sehari harian. Bukan sekadar tahu baca, tapi amalkan isi quran tu sendiri.

Semalam masa kami discuss pasal taste jodoh, semua taste bercanggah gila. Except for 'Pandai ajarkan Quran'. Kami sema agreed that lelaki kalau nak kahwin kena ready untuk bimbing the wife and anak anak dia. Tak tahu belajar. Effort nak kahwin tak cukup kalau saling suka sama suka, cinta sama cinta. The commitment as married couple bukan setakat nafkah makan pakai, tapi dari segi agama dia pun kena bagi attention.

For me, cukup dia boleh tegur bacaan quran aku. No need bergelar ustaz. Kalau dia sama sama bergelar arkitek sama dengan aku pun okay. Kalau dia kerja security guard pun okay. Kerja halal, mampu sara aku, and future anak anak cukup.

Tapi... Kalau pandai ajar quran tapi adab kelaut memang reject awal awal. Adab macam mana? Adab dengan family dia, dengan kawan kawan, dengan elders, dengan aku. In my opinion lelaki yang respect manusia bergelar perempuan takkan call ajak berborak tengah tengah malam, takkan suka suka ajak keluar tanpa mahram perempuan tu. Tu bagi aku lah. Bagi aku tu semua hak sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Bila aku bacaan quran aku tak betul, dia mampu tegur. Bila pakaian aku tak ikut syarie, dia tegas menegur. Itu antara taste aku bagi seorang lelaki yang aku nak spend the rest of my whole life with him.

Thursday, 27 December 2018

Tiga Kerja

Tadi lalu carwash belakang rumah. Tapi tutup. Mak aku pun tanya lah "Eh? Dah tutup carwash sini?" abang aku pun jawab ah "Malam, mak. Dia buka malam." Lepas tu aku pun menyampuk. "Orang sekarang buat tiga kerja sehari, mak. Nanti Ashah pun nak buat tiga kerja lah. Pagi Ashah masuk site construction, petang Ashah jual goreng pisang, malam Ashah buat kerja design." lepas tu aku gelak macam tak ada hari esok😂

Mak aku tegah weh. Even aku gurau je pun... Dia risau kot betul betul anak dia workaholic macam zaman study la ni. Ya, memang makan tidur aku agak melayang layang sikit. Asalkan kerja aku siap, dapat submit, tu lagi penting dari kenyang perut kenyang tidur.

Tapi taklah kot aku nak jadi buruh sekali jual goreng pisang. Penat Oi

Friday, 21 December 2018

Uncle ke ayah?

Hari ni abang sulung aku kahwin, so ramailah uncles aku datang. TAPI, semuaaaaa uncles aku seiras muka ayah aku weh! BUKAN MUKA JE SAMA, SUARA PUN SAMAAAAA!

Dia orang tu ayah aku ke pakcik aku weh? 😅 Aku salam, cium tangan dia orang rasa nak menangis...

Kena pulak budak yang selawat qasidah tu nyanyi lagu ayah.... Allahu.....

Sementara dapat tatap muka, dengar suara uncles sekalian, aku tataplah sepenuh hati. Terubat sikit rindu...

Tapi betul aku rindu sangat dekat ayah. Sangat. Sangat sangat rindu.

Bila tengok uncle aku gelak besar tadi, teringat betul aku dengan ayah. Sebijik. Serupa sangat...

Semoga ayah tenang, gembira di sana❤

Tuesday, 18 December 2018

JOM MASUK KVDLM 2019

Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan merupakan sebuah Kolej Vokasional Pertanian yang telah diperakui sebagai pusat bertauliah cawangan (PBC)  oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta menawarkan SEMBILAN PROGRAM, iaitu

๐ŸŒฑ๐Ÿ“ SENI BINA LANDSKAP/ Landscape Architecture (MQA/FA5424)

๐Ÿ‰ ๐Ÿ„AGROINDUSTRI TANAMAN (MQA/FA5427)

๐Ÿ“๐Ÿ” AGROINDUSTRI TERNAKAN POULTRI (MQA/FA5423)

๐Ÿ„๐Ÿƒ AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN (MQA/FA5426)

๐Ÿ”ง๐Ÿšœ TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO (MQA/FA5428)

๐ŸŒน ๐ŸŒทHORTIKULTUR (MQA/FA5425)

๐ŸŸ ๐Ÿ AKUAKULTUR (MQA/PA9939)

๐Ÿ“ ๐Ÿ’ปPENGURUSAN PERNIAGAAN (MQA/PA9940)

๐Ÿณ๐Ÿฑ PEMPROSESAN MAKANAN

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
๐ŸŒŸ Warganegara
๐ŸŒŸ Lepasan PT3 2018
๐ŸŒŸ Sihat fizikal/mental
๐ŸŒŸ Tiada masalah kesihatan
๐ŸŒŸ Berminat dengan program yang dipilih

๐Ÿ’ฅTARIKH-TARIKH PENTING๐Ÿ’ฅ
๐Ÿ”ฅ Permohonan atas talian / online 15 Oktober - 20 Disember 2018
๐Ÿ”ฅ Semakan tawaran 18 Januari - 22 Januari 2019
๐Ÿ”ฅ Pendaftaran 23 Januari 2019
๐Ÿ”ฅ Walk in / Rayuan 24 Januari - 28 Februari 2019

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ;
☎️ Pejabat KVDLM : 06 685 1218
๐Ÿ“žKaunselor 1 : 019 245 9383
๐Ÿ“žKaunselor 2 : 012 954 1049