Wednesday, 10 February 2016

Secubit Pengalaman di Asrama

Assalamualaikum uolls! Tak terlambat rasanya nak wish Gong Xi Fa Chai ang pau lai lai!~💰🍊🙈

Okay, back to our topic. 26 January hari tu saya dah lapor diri dekat KVDLM A.K.A SMTDLM. Course? Landscape lerrr~~ here I'll selit serba sedikit about peraturan or any tradition sekolah ni. First, KVDLM ni sekolah pertanian. Dekat sini ada 9 kursus. Meh saya listkan sikit ;
-Landscape (LL)
-Agro mechanism (MEKA)
-Tanaman 
-Pengurusan Perniagaan (PP)
-Holtikultur Hiasan ( HH)
-Aquaculture (Aqua)
-Ternakan Ruminan (RUMINAN)
-Ternakan Poultri (POULTRI)
-Pemprosesan Hasil Pertanian (PHP)
Dekat KVDLM, kami panggil pelajar perempuan ASPURI dan pelajr lelaki ASPURA. 

okay, now here the pengalaman yang ciput tu... On the first day which is Tuesday till Friday we had super duper guper packed orientation session. Dari Zohor 26 January sampai lepas isyak 29 January. During that whole first week, we just had time together in surau and dewan sahaja! Memang kebas ehem ehem lah! Memang tak pergi sekolah or attend any class yet. 

Okay, on the weekend we had our first outing. Outing pulak satu kes. If you guys nak outing sendiri, memang tak boleh keluar daerah. If keluar dengan parents je boleh pergi jauh-jauh ikut suka korang. Tapi kena balik asrama sebelum 1800 hrs. Pakaian masa outing pula kena pakai baju t-shirt outing sekolah atau baju korporat sahaja. 

For the whole first week, kami kena pakai baju korporat setiap pagi dan lepas solat zohor dan asar kena pakai baju amali. Malam pula untuk Maghrib, bagi ASPURI, wajib pakai baju kurung or jubah dan ASPURA pula baju melayu atau jubah. Untuk riadah pula, sebenarnya pakaian bebas asalkan tak ketat dan menutup aurat. Tapi kami bagi ASPURI, kami teramatlah busy sampai tak sempat tukar baju. At the end kami bantai je baju amali tu😂😂😂 sebab masa orientation tu, setiap petang ada riadah. But normally at the end of week je wajib. Setiap hari tu kira macam sunat mu'akat la...

Now kita pergi pasal undang-undang atau peraturan. First kita pergi dekat pakaian dulu. Baju korporat wajib dipakai dengan seluar slack hitam pada setiap pagi Isnin. Petang tu biasa kita orang tukar baju amali. Bagi ASPURI, hanya tudung putih sekolah dibenarkan pakai bersama baju korporat. Dan tudung tu wajib tuck-in semasa perhimpunan rasmi hari Isnin. Lepas assembly boleh keluarkan tudung anda.... Hari lain which is Selasa till Khamis angpa boleh taram baju amali atau baju corse angpa... Hari Jumaat special sikit.. Bagi ASPURA, korang wajib pakai baju melayu putih cekak musang bersama samping sekolah... Bagi ASPURI lak, korang wajib pakai baju sekolah kain biru tu... Langsung tak best! Tapi as usual, lepas perhimpunan rasmi korang boleh tukar baju amali...

Second, kita pergi bab asrama. Asrama sini guna dorm. Satu dorm normally boleh muat 10 katil double decker. Sempit memang sempit.. Tapi nak buat guane lagi deh? Redha je la... Dalam dorm biasanya ada dua atau satu senior tahun 3/4. Just untuk pantau dak dak tahun satu ni... Dorm hanya boleh masuk waktu rehat wajib atau waktu takde class petang sahaja. Maksudnya, start pukul 8 pagi sampai 1330 hrs tak boleh masuk dorm. Rehat ada dua, rehat pukul 1030 hrs dengan rehat 1330 hrs. Rehat 1030 tu nak duduk dalam kelas pun boleh... Tapi rehat 1330 tu wajib kosongkan kelas. Pi balik makan, tidur or basuh or sidai kain.  Dorm ni agak strict juga la.. Yang saya tahu ASPURI la... ASPURA tak tahu la macam mana. Strict dekat sini is tilam kena string. Atas tilam tak boleh ada apa-apa selain satu bantal satu selimut. That's it. Tapi saya ada satu item yang selalu 'ter'tinggal tepi bantal. My cutie mini quran. Yelah... Tak tahu nak taruk mana dah... Lepas tu, sebelum pergi sekolah, lantai kena sapu, tingkap kena bukak, langsir kena ikat. Kasi itu nuur kasih masuk. Lagi satu! Dekat katil tak boleh sangkut apa-apa tau! Towel ke, hanger ke apa jadah ke... Cannot! Kasi clear je..

Now kita masuk bab locker. Locker kat sini tak aci sikit tau.. Ada yang dapat locker dua pintu, ada yang dapat satu pintu... Ikut nasib ahh.. Saya dapat yang satu pintu ja... Kita redha je la... Locker tu kena kemas. Kalau semak samun, ular pun tak segan silu menetap kat dalam tu. Sebabnya....... Tepi Dorm kat sini dikelilingi ladang kelapa sawit nak oiii! So, pandai kamulah jaga kebersihan locker. Bawak mangga sendiri tau! 

Okay, sekarang bab barang. Barang yang paling goma budak ASPURI bawak is teddy bear, luggage besar dinosaur, tudung shawl melambok dan........ Phone lerrr... Luggage tu tak da hal kot... Sebab each dorm ada stor masing2.. Teddy bear tu pandai2 la sumbat kat mana2.. Tudung shawl tu bawaklah balik kak oi... Sini boleh pakai tudung bawal, tudung sarung, tudung bawal je... Tu pun black and white sajooo~~ phone saya sarankan don't bring it or show off ipong ko, samsengsung ko, levononino ko... Jangan. Sebab senior confirm akan report kat warden. Korang akan nampak senior main phone, tapi jangan jelly gaiss.. Kuatkan iman! Dekat dengan dorm ada dua bijik public phone.. Guno yo lah bosi burok tu heh!!! kalau dogil nak jugak bawak phone, biarlah kau dengan tuhan je yang tahu... 

Tradition? Biasanya time orientation week Biro or senior akan bagi assightment. Assightment paling famous amos is kutip tanda tangan senior or warden or pensyarah. For now tu jo lah yang esey tau.. Iyolah... Esey dak baru jugak...

Sikit info extra, dekat sini yang paling active sukan Softball. Sampai wakil negara ugais! Wakil tu from ASPURI gaisss!  Lepas tu team Caklempong. Yang lain tu adalah jugak tapi tak seHOT dua tu. Kemudahan yang ada dekat asrama ada beberapa je.. Dekat blok saya ada bilik dobi sekali dengan iron, toilet each floor. Tu je la..😅😅

Okay, tu je kot... Tu je yang secubit, sekelumit pengalaman saya dekat asrama... Hope dapat membantu~😘😘


No comments:

Post a Comment