Sunday, 30 December 2018
My Taste 2
Thursday, 27 December 2018
Tiga Kerja
Tadi lalu carwash belakang rumah. Tapi tutup. Mak aku pun tanya lah "Eh? Dah tutup carwash sini?" abang aku pun jawab ah "Malam, mak. Dia buka malam." Lepas tu aku pun menyampuk. "Orang sekarang buat tiga kerja sehari, mak. Nanti Ashah pun nak buat tiga kerja lah. Pagi Ashah masuk site construction, petang Ashah jual goreng pisang, malam Ashah buat kerja design." lepas tu aku gelak macam tak ada hari esok😂
Mak aku tegah weh. Even aku gurau je pun... Dia risau kot betul betul anak dia workaholic macam zaman study la ni. Ya, memang makan tidur aku agak melayang layang sikit. Asalkan kerja aku siap, dapat submit, tu lagi penting dari kenyang perut kenyang tidur.
Tapi taklah kot aku nak jadi buruh sekali jual goreng pisang. Penat Oi
Friday, 21 December 2018
Uncle ke ayah?
Hari ni abang sulung aku kahwin, so ramailah uncles aku datang. TAPI, semuaaaaa uncles aku seiras muka ayah aku weh! BUKAN MUKA JE SAMA, SUARA PUN SAMAAAAA!
Dia orang tu ayah aku ke pakcik aku weh? 😅 Aku salam, cium tangan dia orang rasa nak menangis...
Kena pulak budak yang selawat qasidah tu nyanyi lagu ayah.... Allahu.....
Sementara dapat tatap muka, dengar suara uncles sekalian, aku tataplah sepenuh hati. Terubat sikit rindu...
Tapi betul aku rindu sangat dekat ayah. Sangat. Sangat sangat rindu.
Bila tengok uncle aku gelak besar tadi, teringat betul aku dengan ayah. Sebijik. Serupa sangat...
Semoga ayah tenang, gembira di sana❤
Tuesday, 18 December 2018
JOM MASUK KVDLM 2019
Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan merupakan sebuah Kolej Vokasional Pertanian yang telah diperakui sebagai pusat bertauliah cawangan (PBC) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta menawarkan SEMBILAN PROGRAM, iaitu
๐ฑ๐ SENI BINA LANDSKAP/ Landscape Architecture (MQA/FA5424)
๐ ๐AGROINDUSTRI TANAMAN (MQA/FA5427)
๐๐ AGROINDUSTRI TERNAKAN POULTRI (MQA/FA5423)
๐๐ AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN (MQA/FA5426)
๐ง๐ TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO (MQA/FA5428)
๐น ๐ทHORTIKULTUR (MQA/FA5425)
๐ ๐ AKUAKULTUR (MQA/PA9939)
๐ ๐ปPENGURUSAN PERNIAGAAN (MQA/PA9940)
๐ณ๐ฑ PEMPROSESAN MAKANAN
✨SYARAT-SYARAT KEMASUKAN✨
๐ Warganegara
๐ Lepasan PT3 2018
๐ Sihat fizikal/mental
๐ Tiada masalah kesihatan
๐ Berminat dengan program yang dipilih
๐ฅTARIKH-TARIKH PENTING๐ฅ
๐ฅ Permohonan atas talian / online 15 Oktober - 20 Disember 2018
๐ฅ Semakan tawaran 18 Januari - 22 Januari 2019
๐ฅ Pendaftaran 23 Januari 2019
๐ฅ Walk in / Rayuan 24 Januari - 28 Februari 2019
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ;
☎️ Pejabat KVDLM : 06 685 1218
๐Kaunselor 1 : 019 245 9383
๐Kaunselor 2 : 012 954 1049
Rindu Masa Tu
Masa aku sekolah rendah, aku sekolah dua sesi macam budak budak lain. Dari darjah satu sampai darjah tiga, pagi sekolah agama petang sekolah kebangsaan. Darjah empat sampai darjah lima terbalik, pagi sekolah kebangsaan petang sekolah agama.
Bila naik darjah empat, aku punya akamedik down gila. Sebabnya aku tak nampak apa cikgu mengajar dekat depat. Aku rabun jauh, yet takut nak bagi tahu mak aku. Sebenarnya aku tak nampak since aku darjah dua, tapi sight aku become worst start darjah empat lah.
Everything aku kena pinjam buku kawan aku. Sebab aku tak boleh copy apa cikgu tulis, so aku copylah kawan aku. End up pembelajaran aku slow, susah nak faham. Sebab aku kena belajar sendiri.
Bila pagi dah penat dengan sekolah kebangsaan, biasanya aku malas gila pergi sekolah agama. First, aku tak ramai kawan sebab beralih sesi. Most of classmates aku memang sesi petang sekolah agama since darjah satu, so aku rasa terasing lah. Member member sesi pagi aku dulu ramai yang tak sama kelas dengan aku.
Mak aku puas pujuk. Sampai satu hari tu bukan main aku menangis sebab penat, tak nak pergi sekolah agama.
Tapi sekarang, aku rindu. Aku rindu sekolah agama. Aku rindu ustazah, ustaz dekat situ. Aku rindu baca quran sama sama, kuat kuat dalam kelas. Aku rindu nak baca quran lepas tu yang lain ikut dan betulkan bacaan aku. Aku rindu nak belajar sirah nabi. Aku rindu nak dalami feqah ibadah. Aku rindu nak belajar lughatul arabiah. Wallahi aku rindu masa tu.
Kalau aku ada masa ya, memang aku teringin nak visit sekolah agama tu. Walaupun ramai ustazah dan ustaz yang dah pindah dan tak mengajar di situ, tetap dekat sekolah tu lah banyak membentuk aku mengamalkan islam.
Andai Allah izinkan, hendak sangat aku dalami Islam disamping mereka yang alim agamanya. Aku nak bacaan quran aku ditasmik secara terperinci. Aku nak mereka membantu aku menghafaz quran. Aku nak bahasa arab aku berlajjah dan betul tatabahasanya. Aku nak dengar dan hafal sirah dengan hadis Rasululullah.
Kalau dulu, di sekolah agama itu lah aku luangkan masa untuk semua itu...
Monday, 17 December 2018
Kalau Mak Ikut
Hari tu aku decide nak keluar sekejap, pergi shopping stationary untuk naik sem depan. Hari tu pula mak quite busy. Biasanya memang aku keluar seorang, entah kenapa mak kata tunggu bila dia free baru keluar sama sama.
Aku jenis on je. Mak tak ikut, aku jalan solo. Kalau mak ikut, aku bawa je lah mak shopping sekali.
TAPI KALAU MAK IKUT, daripada aku nak beli stationary je jadi shopping kain langsir, karpet, handbags, gardening stuff. Ha, itulah jadi kalau mak ikut.
Aku suka jalan solo sebab ikut aku bila nak makan, bila nak keluar dari kedai, berapa lama aku nak berjalan. Bukan tak okay jalan berteman, tapi itu lah... Me time.
Jalan dengan mak pun best, sebab mak dua kali lima dengan aku. Mata meliar cari tanda discount. Pantang sekali! 😂
Sunday, 16 December 2018
Dear Thyroid
Actually bila dah besar, dah meninggalkan dunia childhood, aku perasan yang there is something wrong dengan thyroid aku.
Apa yang tak kena tu? Every 3-6 months thyroid aku akan bengkak. Lepas tu kena diagnosed goiter lah, lymph node lah, radang tekak lah, gland thyroid aku triggered sebab infection lah... Macam macam penyakit yang relate dengan thyroid muncul.
So, bila gland aku swelling, aku kena jumpa doctor and will be prescribed dengan antibiotics with some ubat tahan sakit. Sebab biasanya bila tekak aku bengkak, dia sakit weh. Sakit gila. Makan minum semua tak lepas.
And aku pernah kena diagnosed yang pengeluaran hormones thyroid aku quite passive. Bila thyroid passive, metabolism aku slow, body temperature aku akan jadi rendah. Tangan aku dari bahu sampai hujung jari sejuk. Kaki aku nak cecah lantai memang segan. Sejuk gila!
Orang lain bila dengar issue thyroid, senang je cakap; "Buang je lah thyroid tu" Well, aku harap things are that easy! HA MEH DERMA SIKIT HORMONES THYROID KAU😏
Aku bare je lah. Sejuk, pakai selimut. Sakit, makan ubat. Ada abnormal lump, pergi jumpa doctor.
Oh, recently this year juga doctor diagnosed aku kena cervical lymphadenopathy. First time diagnosed by penyakit aku tak pernah dengar😂 Biasa mesti goiter, tak pun mesti swollen gland...
Anyways, Alhamdulillah tak ada yang serious pun. Semoga aku dikurniakan kesihatan untuk terus banggakan keluarga aku...